Kemudahan pengangkutan Tottenham

Kawasan Tottenham mempunyai dua jaringan London Underground yang merentasinya iaitu aliran Piccadilly dan aliran Victoria dan juga perkhidmatan kereta api National Rail.

Stesen Turnpike Lane yang menyediakan perkhidmatan aliran Piccadilly dibuka pada tahun 1932.[5] Manakala perkhidmatan aliran Victoria yang dibuka pada tahun 1978 menyediakan stesen Seven Sisters dan Tottenham Hale, serta sebuah depoh kereta api di Northumbria Park.

Manakala perkhidmatan kereta api National Rail disediakan oleh National Express East Anglia yang menyediakan stesen Seven Sisters, Tottenham Hale, Bruce Grove, White Hart Lane dan Northumberland Park. London Overground juga menyediakan perkhidmatannya di stesen South Tottenham.